27 July 2012

Frustrated while praying taraweeh

Salam Ramadhan everyone! hari ni dah 7 Ramadhan ke eh? Sebab kalau 8 Ramadhan, itu maknenye birthday aku dah tiba! yaaaaayyy. Homaii maknenye aku dah 20! ciss.

Ahh gasaklah, nak feeling mude forever senang je. beli je laa cadar Dora the Explorer ke, set pinggan mangkuk plastic Barbie ke, itu sudah memadai.

Berbalik kepada tajuk entri kali ini, aku rasa tertekan bila solat terawih baru baru ni. peristiwa yang buat aku tertekan ni tak kelihatan di matriks mahupun di Samura dulu. Hgpa boleh teka tak ape dy? takpe aku jawab sendiri persoalan aku! yakni makcik makcik yang tak nak rapatkan saf time solat. aku dah suruh rapat *dengan adab yang sopan* tapi makcik makcik still taknak berganjak. hal ini telah membuatkan aku menjadi tidak khusyuk ketika bersolat.


tadi pula, selepas selesai sahaja aku solat ishak berjemaah, mak cik sebelah aku plak complain suruh aku jangan rapat sangat sebab nanti tak muat nak duduk masa tahiyyat. *facepalm*
Actually aku tak himpit langsung okay, dan makcik punya space yang mencukupi untuk duduk tahiyat, makcik duduk je nanti saya ejas sendiri untuk keselasaan solat kita semua (sebab aku duk hujung!). aku kira kira, aku hanya mengenakan daya sebanyak 2N sahaja keatas makcik (N = newton). tak himpit ponnn. wuuuuuu.

enough about me, how's your taraweeh? lain kali aku bercerita lg, nnt hangpa bosan. okay, tadi aku sempat laa bukak group dekat facebook and I discover a lots of funny stuff. it is better than 9gag wokeyyh (baca dengan nada sengau).



hahahaha this one is so true!!

this is exactly like me. hence, can barely open eyes when eating.


sekian, wassalam..

17 July 2012

My List of Korean Movies


Boleh kate banyak movie korea ni yang seronok dan memberi inspirasi sesudah kte menontonnye, tapi ada jugak yang boleh bikin trauma dikemudian hari selain membazirkan masa. Oleh itu, aku ingin menghulurkan bantuan dan meringankan beban (ecehh) dengan membuat review, movie mana yang taraf berbaloi baloi, so kome after ni tak payah laa  buat kesilapan dengan menonton ceghite korea yang ntah hape2. (idea murni HAHAHA)


100 days with Mr Arrogant
Aku tak tau kenape ramai sangat orang suka cerita ni. Haa donga je gitu hangpa pon mesti dpt teka aku akan bagi review mcm mana ye doks? Okay, cerita ni tak inspiring langsung. Lawak dy pon tak berapa lawak, pastu ada certain part tu sangat lah gross! Kalau hangpa tengok sambil makan, mau nya tak lalu dah makan seminggu sebab otak asyik ulang tayang part tu! Kisah percintaan antara hero and heroine tak sweet sangat pon and cerita ni takde plot yg menarik. Sekiaaaaaaaaaaaann. (2/5)


Hello Ghost
Cha tae hyun ni memang actor kegemaran aku ah. Muka dy tarak handsome sangat tapi lakonan dy best wooh! Cerita Hello Ghost ni bukanlah cerita hantu yg menyeramkan cuma hero dalam cerita ni boleh nampak roh roh orang mati. Diawal cerita, kte tak nampak sangat apa yang dipikiokan oleh director kerana kte tak paham sangat kaitan antara watak watak, namun bila mai part semua teka teki dah terlerai tu, mula lah berjujuran ayer hangat. eh. Air mataaa.. movie ini boleh dikelaskan dalam kumpulan komedi, spices of life and romantic. Overall best! (4/5)


The King and the Clowns
Movie ni bertemakan historical and homosexual. Synopsis cerita dy macam ni, ada 2 orang ni, kerja mereka ni ialah buat street shows untuk menyara hidup. Salah satu drpd clowns ni Lee Jun Ki. Dia ni cantik macam perempuan sampai orang yg selalu tengok street shows ni pon ramai yang tertarik dgn kecantikan dy  walaupun dy seorang lelaki. Golongan bangsawan yang kaya selalu booked dy time malam untuk melepaskan nafsu mereka sampaikan kawan dy yang sorang lagi tu dah tak tahan dengan semua ni dan bertekad nak lari pegi ke bandar lain bersama2 lee jun ki. Kat situ dorang still buat street shows dan serta merta dorang jadi femes, but then the king got interested in them and he asked them to be the palace clowns. Mula-mula memang dorg dapat hidup mewah, tapi kehadiran dorg tu telah menyebabkan kucar kacir dalam istana. Setiap kali diorang perform, ade je yang dibunuh sebab …. Haa hangpa tengok laa noe. Cerita ni serious sket, tapi menarik sebab dy sebenarnye fusion antara fiction and non-fiction. 2nd highest grossing dalam industry perfileman korea habaq haannggg! (3.9/5)


200 pounds of beauty
Ni aku rasa ramai dah yang tengok nih tapi aku setil buat review sbb nak panjangkan post entri ni! Hahaha keji. Okayy, movie ni lawak tapi tak laa sampai LOL. Macam geli hati ade laa. Plot dy menarik dan senang untuk difahami. The reason movie ni famous di korea adalah kerana plastic surgery is sooo significant among them. Artis artis pon ramai yang buat plastic surgery even sikit sikit seperti double eye lid tu. So they relate more. Ending cerita ni pon perfect dan aku rasa berbaloi untuk ditonton berulangkali. Tak sedar masa dah berlalu bila tengah khusuk menonton nya puunnn. (4.5/5)


epic scene
Speedy scandal
This is by far the best movie ever! Actornya tak lain dan tak bukan cha tae hyun actor kegemaranku! Memang tajuk movie ni macam tahape hape, tapi percayalah movie ni ada kesemuanya. Hang cakap nak apa? Sedih? ADA! Lucu? ADA! Romantic? ADA! Comel? ADA! Family? ADA! Haa semua ada. Movie ni seronok disebabkan 2 role yang memainkan peranan yang sangat penting dalam kesuksesan movie ini. Satunya Cha Tae Hyun, satu lagu Hwang Gi Dong iaitu budak berumur 5 tahun berambut kerinting yang sangat comel! Cerita dy macam ni, hero cerite ni merupakan seorang dj di radio yang telah tidak famous. Suatu hari out of the blue, ada seorang perempuan bersama anaknye dtg dekat apartment dy. Rupa2nya perempuan tu anak dy yang dy tak pernah tau! Macam tu laa hidup dy berubah dalam sekelip mata je. Pokoknye movie ni terbaik! (5/5)

part 2 sat lagi ye

14 July 2012

Test jpj

Akhirnyaaaa!!!!  AAAAAWWWWW YEAAAAAAAAHHHHH *skip-and-dance-in-circles*

hamboihh makcik, dan dan ler dulu..

Setelah cobaan buat kali kedua, akhirnya lulus jugak test jpj di jalan raya. Alhamdulillah! Praise be to Allah SWT. Lolly pon nampak gayanya lulus dengan cemerlang part di dalam litar setelah kecundang di bukit pada ujian 2 minggu sudah! 

So sekarang kite tunggu kereta yang diorder sampai ke rumah and lesen kereta untuk siap dibuat dalam tempoh lebih kurang seminggu. huuu insyaallah tercapai laa jugoks impian dinda nak bawak kereta pi bazaar ramadhan sendiri! hehehe

09 July 2012

Loss of appetite

Hoi hangpa suma! pa habaq wehh. lama dah aku tak bercerita di blog yg tak ramai orang membace nye pon. tapi takpe, sebab aku suka baca balik entri entri yang aku pernah tulis dulu. rasa lawok pon ade.

Sekarang ni kan, selera makan aku dah semakin menurun. aku dah tak rase bernafsu sangat dah bila tengok makanan depan mata. kadang2 bila aku tengok gamba2 makanan dekat blog orang aku rasa macam fuuihh sedapnya, tapi bila terbentang dekat depan mata, setakat sesuap je yang masuk.

Kalau zaman aku muda dulu (setahun yang lalu! hohohoo), bila mata bertemu menu dekat restoran, fuhh bergelojak hawa nafsu. dah tak tersebut nak makan mana sebab semua nampak sedap. tapi malangnya sekarang ni aku macam dah bosan dengan makanan. tak best woo. dulu kalau orang offer nak makan ape dekat restoran mahai mahai, punye la aku fikir habis habisan supaya memilih yang paling sedap agar tidak menyesal bile makanan sampai, tapi sekarang ni aku siap tolak lagi. ye aku tak tipu aih! benar belaka ni!

waffle korea

Memang aku seorang yang over. tambah tambah bab berceghite, kalau boleh tambah effect over sesudu dua dalam penceritaan agar mendapat impak yang hebat, tapi dalam hal ini aku tidak over seperti itu!!! betol weh. kadang kadang kalau pergi mall contohnye, aku dah bawak dah duit secukupnya dari rumah sebab dah plan nanti nak makan ice cream mahal. tapi bila dah sampai mall tak jadi pulak, sebab aku tibe2 hilang selera. tak best lorhhh.


Aku ni kan tak reti masak (apa? anda terkejut mendengar statement ini?? HEHEHE) so setiap kali makan, memey makan kat luar la gamaknye sebab mak aku pon busy, mana sempat sangat nak masak masak semua. Kalau makan dekat luar, memang rare untuk aku menghabiskan makanan sepinggan lengkap. mesti tak boleh! aku sedih sebenarnya sebab apa yang aku buat ni berdosa sebab membazir, tapi aku memang tak boleh makan pon. macam baru baru ni, aku keluar dengan nabilah and koko nak makan kat TGIF, dorang semua habis makan (kecuali roti burger nabilah dan beberapa helai sayur! hahaha) walaupun makanan tu tk banyak, tapi aku tak mampu nak habiskan fish and chip. koko yang terpaksa makan sampai habis.

Aku tak tau laa kenapa aku jadi macam ni. aku tak nak macam ni! aku nak makan three meals a day! bila aku fikir balik, mak aih, untung suami aku nanti, isteri tak kuat makan! dapat save duit holiday ke Europe! hahahahahaha