Gulliver’s travels
Masa nak tengok cerita ni aku lambat masuk panggung. Sebab beli popcorn dan mirinda strawberry yang guarantee kencing manis punya. Beratur panjang sangat semata-mata nak beli makanan untuk mengunyah kot kot lah cerita tu bosan, boleh lah alihkan perhatian kearah makanan di sisi. Sejurus sahaja aku masuk ke cinema 3, Alhamdulillah cerita baru nak mula! Horray kerana tepat pada masa! Horray kerana ada makanan! Horray kerana ada air! Hooray kerana dapat tengok cerita baru! Hooray kerana ada makanan! HOHOHO
Aku bagi 8 out of 10 stars kot cerita ni. Cerita ini wajib tonton kalau korang jenis yang suka gelak dan cepat pick up lawak. Tidaklah dinasihatkan kepada korang yang lampi kerana korang akan ha? ha? sepanjang cerita lantas terganggulah kosentrasi sahabat sebelah. Kisah cerita ini mengisahkan seorang pekerja biasa bernama Gulliver yang bekerja di mail department selama 10 tahun. Dia seorang yang kelakar namun Gulliver ni seorang yang mementingkan status. Dia merasakan bahawa dia tidak layak berkomunikasi dengan pekerja atasan company tersebut dan hanya deliver mail dan blah macam tu je. Macam tak wujud! Namun, atas nasihat seorang kawan, dia try nak pikat seorang gadis tp tak berjaya malah, bertambah malang dia terpaksa buat kerja sebagai seorang jurutulis pelancongan destinasi.
Suatu hari, dia ke Bermuda triangle untuk membuat laporan. Semua berjalan lancar, angin sepoi-sepoi bahasa, langit biru cerah dan dia menghirup udara segar minum coke sambil membaca guitar hero. Tiba-tiba kepulan awan gelap muncul entah dari mana. Ribut air mula menarik kapal Gulliver dan akhirnya Gulliver sampai di sebuah pulau, kingdom Lilliput yang didiami orang kerdil sebesar figura free happy meal McDonald’s. So dari situlah bermula adventure dia. Daripada dihina sebagai the Beast, sehinggalah menjadi ketua angkatan perang.
Antara babak babak menarik bagi afiqah!!!
Aku tak boleh nak gelak all out sangat sebab sebelah aku seorang pakcik, jadi perlulah menjaga tingkah laku dan adab seorang gadis comel bertudung hitam berjaket merah. Cecece. Tapi, kalau lah pakcik tu sporting memang aku gelak hampuk hampuk pakcik tu sampai mati. Kelakar sangat lah cerita tu.
Part titanic memang sangat lucu. Dia buat theatre dan persembahkan kisah kehidupan dia kononnya dia jack dalam cerita titanic. Lepas tu bila Edward kata, kenapa kau tak mati sekarang ni? Dia pon kata sebab lepas tu dia dihidupkan balik.
Satu lagi part dia ke pulau giant, seorang kanak-kanak perempuan ni ambil dia jadi doll. Dahla pakai baju skirt ropol lepastu kena main tea time la. Tahapa hapa. Bungek betul. Bikin aku gelak aja sepanjang cerita.
Aku taknak cerita part yang aku tak suka sebab nanti takut terbantut pulak semngat korang yang memang dah hilang keruan nk tengok cerita ni. Sebagai generasi dunia yang moden, semestinya aku sangat menggalakkan orang lain turut menonton filem lakonan Jack Black yang aku minati ni. The end.