18 November 2012

Hold My Hand, KAMI

KAMI tu apeeee? KAMI tu Kelompok Anak Malaysia Indonesia. Alhamdulillah dah habis pon program ni. Penat ohh. Lega sebab dah habis. Aku nak bubuh gambo je ni haa ngan highlight highlight nya, tak kuase aku nak menaip satu satu insiden harini.

Pagi tadi bangun pukul 4.08 pagi, pastu teghuih semayang subuh, siap siap and bertolak pukul 5.00 pagi. Dekat sini pukul 5 tu dah cerah dah sikit sikit, so hangpa jangan la kagum sangat dengan kekuatan mental aku untuk membangunkan diri pada hari ahad.


Sampai sampai je, disebabkan aku Biro Multimedia, aku kena laa tangkap gambar especially semasa preparation. Jadi aku pon tak buat laa kerja kerja gotong royong atas alasan aku nak ambik gamba hangpa semua nak masuk dalam pendokumentasian. hahahahaha

Yang tak bestnya hari ni ialah bila dia dah start hujan. Mula mula renyai lagi, wa tarak heran sangat, mai tang lepas zuhur tu terus menjadi jadi pulak. Riso pulak aku kalau kalau banjir Sukawening tadi. Selain daripada itu, yang tak best nya bile aku sakit tangan sebab pegang kamera azizi yang gedabak tu. Kaye benor sampai tambah macam macam accessories!!!


Yang bestnya bila aku dapat jumpa budak budak, makan makan dan makan, belajar tangkap gambar, main main dengan budak budak twp12 yang tak betul dan menjayakan program bakti sosial ni.

Kalau aku akhiri entri dengan perenggan tadi macam tergantung laa pulak, so skang wabilaihitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


17 November 2012

Apa aku pikir

Assalamualaikum kome. Lame kan tak update? Alaa bukannya orang kisah pon, tah tah blog ni cuma monolog aku je *tacing

Tapi takpe, aku boleh convertkan blog ni jadi macam diari. Senang la aku nak keep track benda yang berlaku sebab aku ni bukannya ada photographic memory, benda jadi semalam pon aku tak ingat! HAHAAHAHAHA *perlu makan kurma dan madu

So sekarang ni aku nak cerita benda yang paling hampir berlaku iaitu Program Hold My Hand. Alah boring nyee. yep. Tapi sebab aku rasa menarik, korang takde pilihan lain kecuali baca or ekzit. hohohoo. Dari bulan 10 lagi program ni dah berjalan, tapi hari ahad ni baru tarikh perlaksanaan dia berlangsung. Semalam aku sibuk cat dinding dekat sebelah masjid at-tin pastu cat bilik wudhuk. Saje je nak teman Razima~ Best. Lepas tu makan dekat MD and terus pergi survey rumah Maulana yang aku dah cop dari senior 3rd year. Deme semua baik-baik. Terharu you. Aku lupa nak ambik gambar rumah tu tapi agak cekik darah oh harga dy. Nak kaut untung je lebih. Aku tak paham kenapa orang boleh jadi semakin tamak bila Allah dah kurniakan nikmat yang mencukupi? Mana lebih penting, tanggapan orang terhadap kita ke keuntungan harta yang boleh habis bila bila masa? Sedangkan tanggapan orang terhadap kita tu akan berkekalan selagi orang tu masih ingat.


 Ni har khamis hari tu

Haihh. Pastu hari ni pula ada kerja gotong royong dekat desa tu. Mai mai punya lah panas terik. Dalam sekelip mata je hujan lebat mencurah curah ke daun keladi yaw! Penat dan kotor kot lecah sana sini. Ada budak kecik ni lagi selamba, buat slide dalam keadaan berbogel. Hahahaha lawak sungguh.


elok je teghang.. tup tap petang teghuih hujan :(

bagi kupon 

So esok pulak ada kelas UKM pukul 8 pagi untuk program hold my hand ni pulak. Aku penat sebenarnya. Tapi aku tau bukan aku sorang je yang penat, ramai lagi yang tak larat dengan senam robiknye, dengan report laa, kira jam kredit laa and macam macam lagi. Apa excuse aku?



Waahhh awat aku rasa aku dah matang ni?? Fuhh.