30 October 2013

Exam week

tajuk tak boleh nak boring lagi ke?? haiyaaa


ni mase dekat uss riteww

aku sekarang tengah melarikan diri daripada baca buku. bukan ape, otak aku penat. nak la rehat jap, bersembang dengan korang semua. esok dah la exam mde iaitu antara yang tersusah la jugak.

esok aku tak tau la adakah aku dapat jawab dengan elok ke tak. sebab mde ni banyak sangat nak kene baca. memang susah, unless kalau aku dah prepare dari awal, which in my case, NOT.

hmm pape pon, aku tak sabar nak habis exam ni haa. nak jalan jalan bandung! tu je le portnye, macam dah takde tempat lain, tapi ape salahnye ye dak. sebulan sekali je pon. dalam masa yang sama, aku rasa tak sabar nak habiskan bayar duit rumah, so that aku boleh la berbelanja tak ketat sangat. ada banyak benda yang aku nak beli macam kain dekat paba, beg sesume tapi limited la pulak.

apa lagi aku nak cakap eh? cukup la kot, cuma before tu, aku nak share satu lagu yang aku sukeeee.


okbai


14 October 2013

Takbir berkumandang

Assalamualaikum wbt. Hari ni hari rayaaaaaaaaaaaaaaa!

Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H.

Aku rasa syahdu sikit dengar takbir ni. teringat pula dekat kuale dan famili. pasti mereka sedang bergembira. dengar cerita nak masak nasik lemak esok. aku, mungkin makan biskut hup seng dan jam. maklumlah, tadi kami serumah buat jam homemade sebab strawberi haritu dah start membusuk.

Esok aku jadi ajk kebersihan. aku pon tak tau kenape aku masuk benda benda alah ni. sedangkan aku boleh je tolong tanpa jadi ajk. aku tak dapat jawab soalan itu. aku juga turut jadi ajk publisiti. tengok. tamak kan. tu la, ramai yang kata aku tamak dengan nada gurauan. ciss hangpa!!! alah, publisiti tu orang yang masukkan aku dalam biro tu. aku nak tolak pon macam takde sebab je karna bukan buat ape sangat. alah. design button je.

Cakap pasal design button, syeefa punye design lagi cantik, tapi duk print jugak design aku. hmm. takpelah najwa :)

Hari raya aidiladha ni jangan jadikan ia sambutan tradisi. replenish semangat baru. sambutan aidiladha ni simbol kesyukuran kita terhadap nikmat yang terlalu banyak yang Allah dah berikan. hari kebesaran yang patut diraikan dengan meriah dan penuh ketakwaan. perbetulkan niat sebelum bersiap cantik cantik esok, sebelum keluar rumah, sebelum solat sunat dan lain lain nya.

hmm nak pakai baju ape eh esok...