26 June 2013

Post saje saje

Ekceli aku nak post pasal hari tu aku jalan jalan. tapi sebab fifi tak balik lagi dari jalan jalan sama group tutor, aku menanti kepulangannya ibarat drama mak tunggu anak balik kampung masa raya.

Aku tak tahu lah kenapa aku rasa emosi sangat tak setabil nih. ada banyak benda yang aku nak luah kan dan aku memilih media ini lah. ok dok? takpe, aku akan cuba atasi emosi tak stabil tu nanti, meanwhile aku nak share apa yang membuatkan aku rasa tak sedap hati je nih.

Isu pertama
Aku bukan nak kate la kan, tapi kalau hang takde benda baik nak cakap, better hang diam je. ni lah petua yang orang selalu lupa. cakap main bedal je, tak de nak fikir apa kesan dekat orang lain. kalau nak bagi pendapat pon, fikir dulu la hati orang lain. jangan nak kondem minat dy ke apa.
Kalau ada antara korang yang buat mcm ni, tolong lah stop it. kadang kadang aku tahu hang tak sedar, tapi tu la, bila aku buat balik (jahat kan aku nih.. haih..) tau pon hang nak marah. ada peristiwa di mana lebih kurang macam ni lah scene nya, si A: aku nak rasa nak pergi Pasar Baru la (si A memang suka pergi pasar baru) si B: eii Pasar Baru lagi. bosannya. takde tempat lain keee (padahal si B tak diundang pon utk ikut, tapi entah kenapa komen beliau macam tu. aneh kan?)
tu baru satu contoh yang aku letak. boleh je aku nak bagi berpuluh puluh contoh tapi sat lagi aku yang emosi. so stop le.

Isu kedua
Isu boikot. I know some of us tak boikot pon. aku tengok twitter pon ramai je yang tulis status berbunyi "ah, lapar la pulak, kan best kalau ada mcD", "I am at McD bangi, having breakfast" dan bermacam macam lagi. ia jugak apply kepada starbucks. aku sedih sebenarnya. kenapa susah sangat untuk boikot benda benda macam ni sedangkan kita tak mati pon kalau tak beli benda tu semua. yang menjadi mangsa ialah saudara kita. tu lah nama nya ignorance. apa kata instead of beli McD yang jahat tu kita beli Burger Bakor ke, Burger King ke (Burger King ok kan? hiks..) and instead of beli starbucks beli la air kopi J.co. sedap laa weh. trust meeeh. cuba hang try Frappe jcocinno. sedap. yang caramel pon sedaaaaap!
hang tau tak peranan kita dalam memboikot ni? hang tau tak apa yang jadi outside of Malaysia? jangan ingat hidup kat dunia ni cuma concern tentang Malaysia je weh. bila jerebu, sibuk fikir diri sendiri.

Isu ketiga
Isu surau tak wangi. semalam aku ke Baltos sebab aku perlu ke Eyckman atas urusan Cidaun. di situ aku solat maghrib sebelum pulang ke Jatinangor. surau di Baltos bukan sahaja kecil, tetapi berbau sebab terletak berdekatan dengan toilet. aku mcm aaaaaarghhhh. solat tak sepatutnya dikerjakan 'asal solat'. faham tak? maksudnya, jangan solat asal dah setel. asal buat semua rukun solat dah kira hang telah melaksanakan solat. buat lah solat sebaiknya. dapatkan sesuatu dari setiap solat yang kita kerjakan. buat lebih untuk setiap solat wajib kalau berkesempatan, contohnya solat rawatib dulu, zikir dan apa apa amalan lain. so condition untuk solat tu sangat penting. aku ingin menyeru kepada bakal bakal architect, engineer dan sape sape lah yang terlibat, tolong bina tempat solat yang selesa ok? buat kat Malaysia, biar umat islam di Malaysia dapat solat dengan best! (tudia kedekut. joking je laa. buat dekat satu dunia ni insyaAllah)

ok tu je rant aku. tata.

14 June 2013

Thinking of buying new shoes

tu je apa yang nak aku cakap kan sebenarnya. cukup sekadar title. tapi seperti biasa, aku biarkan jari aku mengarang. tudia aih...

kasut raya aku last year apa eh? asal aku tak ingat? ape ape pon, raya dah nak dekat kan (choih, ramadhan pon tak datang lagi kot ye pon), so aku terfikir untuk membeli kasut raya. lagipun, lepas habis exam ni mesti nak jalan jalan shopping punye, jadi boleh la angkat kasut satu!! yeah

aku terfikir untuk beli wedges. bagi aku wedges ni stabil sikit, kurang rasa gayatnye. lagipon dy macam kukuh sikit la sebab surface area dy luas. idok ke gitu?~ *gaya usop wilca

antara model yang aku nak ialah dari brand hush puppies, tapi seperti yang kite semua maklum lah kan, hal itu mustahil le buat aku atas faktor kewangan. duit rumah pon dah same harge ngan kasut dah aku rase, tah tah lebih. kasut hush puppies mau nye RM3++, tak sesuai untuk student kannn. tapi itu lain la kalau pemberian dari orang (kalau boleh aku dah tag mama kat sini. lalalaa~).

ape ape pon, aku nak tunjuk design yang aku nak! walaupun nnt tak dapat hush puppies, dapat yang lebih kurang macam ni pon ok whaaaaat



ahh so nice...

05 June 2013

Celebrate

aku ni orang perantauan. ade kawan kawan je dekat sini. lain la kalau dekat malaysia. family ada disetiap negeri (tipu).

tutor 4 with doc nina. i will def miss this group. banyak kerenah sungguh group ni. kalau tak gaduh sehari tu rase lain macam.


jadi, ukhuwah tu sangat penting. kenapa? bagi aku, ukhuwah itu paling penting untuk menyedarkan aku. saling ingat mengingati walaupun bukan dari segi nasihat. sekadar observation pon dah cukup sebenarnya.

elemen yang paling penting untuk merapatkan ukhuwah bagi pendapat ana (tetibe) ialah kite letakkan diri kite dalam posisi tu. maka kite akan tau la, ade kah kita suka diperlakukan sedemikian oleh orang lain? kalau kite tak suka, jangan la buat dekat orang lain macam tu.

so bile birthday kawan kite menjelma setahun sekali (teringat lagu raye amy mastura), elok benor kalau kite sambut dan meraikannya. obviously kalau sambut dengan famili sememangnye best kan. memang kite tak dapat nak exceed pon, tapi, sekurang kurangnye kite cuba untuk act like a family. afterall, twp ni memang family kan. satu batch semua adik beradik.


 nek-jiran sebelah rumah-anak yg comel :)

sori ina sebab sambut simple je. ni semua SOCA punye penangan la ni!

its the thoughts that counts.

 cehh