30 April 2013

Sedih

Insyaallah, aku akan cube berkias.

aku sedih. aku takut. padahal kenapa pula sedangkan aku harus yakin dengan rezeki dari Allah.

kenapa? tidak kah aku percaya? apa yang aku boleh buat ialah usaha. hiraukan pandangan manusia. yakin akan bantuan Allah.

takut dengan dunia, kenapa tak akhirat? dunia yang tak pasti pula dikejar. sedangkan mati itu pasti dan selamanya.

betulkan niat. usaha. tawakal. berperasangka baik. yakin. usaha. usaha. usaha

07 April 2013

Ini semua duniawi!

AAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tudia. macam nak mengamuk kan. bukan ape, aku nak mengadu sikit lah kat blog ni, cani, aku rasa macam busy sangat sangat sangat la. benci!!! aku rasa macam nak mengamuk. kalau boleh nak hempas kerusi ala2 WWF tu. mungkin ini kerja hormone, tapi mungkin jugak tidak.

sebenarnya bukan aku je yang busy, semua kawan kawan aku pon busy. tambahan pula, semalam aku yang membusy kan diri dengan berpoya poya ke Bandung. itu salah ku. tapi getaway macam semalam tu bagus juga sebab aku baru habis exam. kena la enjoy sat. nanti tekanan aww. taknok :(

muka serius before nak jawab phop

ohh ya, memandang kan tema entri pada kali ini ialah random, maka aku nak cerite la ape aku beli dan buat semalam. semalam aku beli jubah! pelik jubah tu sebab dy ade pattern kotak kotak. kalau aku pakai kat Malaysia mungkin akan menjadi pandangan orang ramai sebab kat Malaysia orang tak bold sangat macam dekat sini. kat sini aku notice, fesyen fesyen dorang lebih berani. budak budak mahasiswa dan siswi ramai yang style. mungkin anak orang kaya kot. so sebab tu la jubah jubah kat sini pon fesyen pelik pelik, sebab ade je yang akan beli~

and and and, aku beli kain skirt! wuuuuu aku pakai skirt? hihi. eksaited i'olls sebab aku rasa sopan sangat kalau nampak akak akak kat sini pakai kain. tapi aku tak beli kain yang lembut tu. aku beli kain keras sikit. dy tebal so tak la ikut kaki bila berjalan. selain daripada tu aku beli stokin 3 pasang. Rp 15.000 je utk 3 pasang tu. terbaik ah.

dekat chiwalk. chiwalk ke ciwalk eh? hujan time ni

bosannya cerita pasal barang yang di beli. kalau ade gambar takpe la jugak en (edited!! gambo dah ade). takpelah, nanti kalau aku pakai baju jubah and kain tu aku bubuh la kat sini. berbalik kepada cerita pasal busy. start sem 2 ni aku dah start perasan yang apsal aku tak rasa nikmat cuti hujung minggu macam masa sem 1 dulu? ada je aktiviti. yang paling tak leh blah ialah kelas UKM. ya Allah, tak sukenye aku kat kelas cesmed tu. ishh. tak baikla aku cakap macam tu, tapi aku memang tak suka bussiness2 entrepreneur bagai nih. kenapa kena amik subjek ni. whhyyyyy??? kenapa bukan seni ke, bahasa spanish ke, tamadun islam ke ape. aku boleh bagi beghatuih ghatuih suggestion kelas yang jauh lebih menarik daripada ni!! huh

esok ada majlis Iman. mungkin akan berakhir jam 1.00 petang. after tu baru aku boleh mulekan membuat LI. harap harap semuanya berjalan lancor. kemudian ada game badminton, tapi tu pon tak sure lagi selection. bile time time macam ni, aku dah tak kisah dah kalau tak terpilih. kalau tak dapat pon aku lagi happy. tahape hape kan aku ni. time nak masuk berkobar kobar macam jalur gemilang. tak dilupakan aku jugak turut volentier nak jadi ajk sukan. kadang kadang aku rasa pelik dengan diri sendiri. suka bagi nama buat benda benda yang aku sendiri malas nak buat nnt! hahahaha, tapi insyaAllah, aku takkan tinggalkan kerja.

oklah, tu je yang aku nak merepek. dadaaa~

masjid yang sangat indah. alhamdulillah, dapat solat maghrib dan isha' di sini semalam! seronok :)