Bukan aku taknak sebarkan berita baik, masalahnya aku ni memang tak cerita semua benda kat FB. jadi tolong lah paham. takde maknenya kalau satu hari kau nampak aku tulis example la kan "alhamdulillah, got this or that". I will definitely not do that. kau tau kenapa, sebab aku takut orang tak suka. kalau kau naaaaak sangat tau, ape masalahnya kalau kau tanye aku. aku akan bagitau terus laa. haihh kau buat aku panas betol lah. yang kau pulak pergi tulis kat status kau. so sekarang aku pulak tulis kat sini.
Satu lagi, aku tak bagitau orang ramai sebab masa tu aku tak confirm lagi nak pergi ke tak. sebab tu bila syima tanya aku nak pergi ke tak, aku tak jawab. kang kalau aku bgtau awal-awal tetiba MARA tak jadi sponsor, ternganga aku. kenapa aku cakap camni? meh aku cite. sebab borang MARA tak sampai kat rumah aku unlike orang lain, aku kena print out sendiri dan hantar masa betul2 tarikh tutup dia. aku takut ada kemungkinan permohonan aku tu tak sempat sampai ke apa. haaaaiiihh.
Hari rabu hari tu aku kena berkumpul dekat UKM sebab kena buat visa, sign perjanjian dan isi borang MARA. dua malam aku dekat sana. lepas tu bila balik hari jumaat lepas, barulah kirenya confirm pergi. yang kau emo sangat tu dah kenapa.
universitas padjadjaran. bukan chiquititas, tapi universitas! HAHAHA lawak bukan?
Okay lah people, aku sebenarnya tak nak tulis entry ni dalam keadaan marah marah macam ni, tapi memang aku berniat nak buat entry khas untuk ni. aku takut aku terlupa nak inform dekat kawan kawan aku yang baca blog ni walaupun aku rasa insyaallah, hangpa semua ramai yang dah tahu kot enn? huhu.
Aku dapat program twinning UKM-UNPAD dan akan bertolak 31hb nih, insyaallah. hang tau dak kat mana? kat Bandung lohh. pre clinical kat sana akan mengambil masa 3 tahun, pastu clinical nanti baru sambung balik kat Malaysia. haa gituww.
ps: aku haraaap sgt kau baca walaupun aku rasa kau tak tau pon blog ni wujud.