22 March 2011

Doraemon aku perlukan kau sekarang!!!

esok result SPM keluar. takut nya.

kalau laa ni slip aku. happy tak terkata dah.

sekarang ni yang aku takut ialah kena serangan jantung esok. dah boleh start tulis wasiat dah malam ni. huh. doraemon, tolong. aku nak mesin cahaya masa.

ish ish ish. khurafat sungguh. sepatutnya minta pertolongan dekat Allah SWT.



ps: perasan tak takde penanda wacana ke ape? tu maknenye hati aku tengah tak stabil ni. gentar. doakan aku ya! sayang y'olls *love*

20 March 2011

Tak ubah seperti roda

Otak aku tak dpt membuahkan ilham yang banyak sangat sebab perut telah berbunyi dan bergetar. maklum la tak breakfast, mana la nak ada tenaga sangat! tenaga cukup untuk bernafas dan mengerdip mata sahaja. jadi posto kali ni pendek sahaja. harap maklum ya temen temen~

hooiihh terbaik!!! buat santapan mata gua


Beberapa hari lepas, aku didatangi oleh seorang junior. mengadu mengenai keadaan di dalam dorm yang tak berapa nak harmonious. aku tertawa kecil. KAH KAH KAH!!! (nmpk sgt tak ketawa kecil..)



J: aritu Lampu tegur Kusyen pasal duty. pastu dia buat muka nasib Lampu x sedar.

Aku: habis tu korg tak buat pape?

J: belum lagi
bagi ar idea kak fieq
Saya ni baik sgt la takut nk marah org (tak mampu rasa nya nak retype frasa ni ! haha)
aaah pastu kan fieq

Aku: haha
ha pastu2

J: kalau kitorang buat halaqah lepas al-mulk
saya tgh ckp diorg baring je
ada smpai tertidur


Lumrah! dah nama senior tu benda kecik pon boleh terasa. oleh itu, menjadi tugas junior la menjaga tingkah laku dan bicara. so yang penting. kita perlulah berkasih sayang sesama kita...

peace of shit punye nasihat ! hahahahahahaha -lari topik selebat mungkin-

nota: lampu senior, kusyen junior deme

18 March 2011

Sejenak bersama si kecil

so this is Pikon, my grandchild~

ISH ISH ISH pikon pikon.









kok ye pon, pilih le gambar kte yg appealing sikit. ARGHHHH!!!!!

*ni tidak. buh gamba tudung tak jadi ! HAHAHAHAHAHA
gimana kalau future husband kte yang handsome dan mencintai kte sepenuh jiwa raga diluar itu sedang melihat gambar ituuuuu?! -bajet emo disitu. keh3~ -



*tapi bila dipikirkan semula, bila masa je tudung aku mendengar arahan tuannya? alamatnya tak bergambar la aku sampai ke tua. takde laaa foto yang boleh ditunjukkan kepada cucu cicit ku yang ada sedikit kacukan korea+arab tuh. sigh. nasib baik la sekarang teknologi dah canggih, dah ada STARCH ! HAHA :D

Okay, so last wednesday, i met with a friend of mine named pikon. you can call her pikon, pokon, pok, capikon and many more. sebenar benarnya kami dah plan dah,nak pergi keluar dengan temen temen lain. dah plan nak ke Danau semua nya dah, ala ala picnic tepi swimming pool gitew, order air jus berpayung, tapi macam mendapat sambutan dingin daripada , so takpe takpe. boleh di pinda sehinggalah one of us ada lesen nanti. kan senang kek gitu~ *serapkan unsur unsur sindiran ketika membaca. harap maklum

Jadi kami pun bertemu la di Puri Pujangga yang terletak di UKM. hoh, dah comel kemain dah puri pujangga! purple, modern dan luas. bukan macam dulu. kalau kome nak tau laa kan, dekat puri pujangga ni la tempat aku check permohonan SBP. kat sini la tempat aku dapat berita kemasukan ke SM Sains Muar. banyak kenangan ye di situ~ *nostalgic :')

ketemu dengan pikon hanya bentar sahaja. rasa cam tah pape tah. dah la bertahun tak jumpa, tup tap masa cinonet sahaja bisa berbual bual dan bertanya perkembangan terbaru ! dah tu pula, tak bergambar ! (pok, kte lupe nak amik gamba, padahal kamera dalam beg je. dah laa leather jacket tu lawa gile, sama taraf la kalau nak bergambar dengan kte yang fantastic ni! hahaha~)

tak ngape le, lain kali kte plan betul betul nak jumpa kat mana. Ice Room ke, Tutti Frutti ke or Little White Cafe dekat seksyen 9. cantik weh cafe tu. ala ala english style. style style bangsawan gitew. or in other words, style style kte kte laa~ HAHAHAHAHAHAHA

ok tata. peace out.






15 March 2011

Kotor

Sekarang aku kat Bandar Baru Bangi. YAYYY!! boleh pergi warta, alamanda dan kedai makan yang beratus ratus deretan!!!!!!
BAHAGIA. HAHAHA

Tapi pasai pa tah kotor sangat dah jadinya bandar ni. memang dari dulu kek gini atau baru ni je kotor sangat? mana nak tau, angin kencang telah meniupkan sampah sarap sampai habis hodoh pemandangan kat tepi tepi jalan nih ke ape kan. angin memang laju pon sekarang ni. kalau aku tak tau lebih baik (if I didn't know any better), aku ingat kan ni bekas tapak pasar malam ke hape laaa.


Oleh itu, diharap agar pihak bertanggungjawab tolong le hired pekerja bersihkan sampah sampah cawan plastik dan sebagainya. Sekian terima kasih!


( sape yg dok area2 bangi boleh la melihat pemandangan yang menyakitkan mata ni di tepi tepi jalan raya terutamanya seksyen 7, depan kilang dekat TTC dan seksyen 3. enjoy :D )


ikhlas daripada Belia Benci Sampah

14 March 2011

Resipi Lasagna Stazel

Segmen: Sudah Pantaskah Aku Menjadi Menantumu??kehkehkehkeh :8)


Kadang kadang aku tertanya tanya (idok pon sbnaqnya!haha), apakah ketika aku masih bayi comel yg didodoikan dalam buaian, tangan aku ni kena sumpahan oleh evil witch (sekarang, sila bayangkan watak evil queen dalam cite enchanted ) ke apa, karena tiap kali kalau aku nak buat apa apa, espesyeli bidang masak memasak KONPEM 85% takkan jadi!!! Naseb bek laa lagi 15% tu Alhamdulillah menjadi *urut dada dengan tenang. aaaaahh~


Sungguh, aku seorang failure dalam bab cooking cooking. walakin begitu ya temen temen~ aku tak pernah rasa putus asa, karena deep down di lubuk hati aku ni, masih ada sifat seorang kanak kanak yang gemar mencoba (sangat poyos di situ) . jadinya, esok aku nak try masak lasagna!!!!!



Okeh anda semua tertipu….



Post ni aku tulih 3 hari lepas, tapi baru semalam aku buat lasagna nyer~ hahaha


SEKARANG, AYUH JENGAH KE DAPUR!!!

okay, bahan bahan yang diperlukan untuk memasak lasagna ialah;
meat sauce - bawang besar, bawang putih, carrot sebagai punca fibre, rempah oregano atau oregano kering sesudu kecil, garam, lada hitam, sos prego sebalang besar, daging cincang, butter untuk tumis dan 3 sudu sos cili. maka setelah di campur adukkan semua, jadilah hasil begini..


TADDAAA!! okeh boleh tutup api.


meat sauce tu layer pertama ye puan puan hadirin hadirat sekalian! seterusnya ialah layer kedua iaitu cheese sauce - butter sesudu, garam, mozarella cheese (cheddar pon idok le menjadi masalah), tepung 2 sudu, full cream milk 1 cawan lebih and a pinch of oregano. masak sampai sauce menjadi pekat. hmm.. oh ya! cheese tu buh laa banyak mana nafsu serakah anda mahukan. tak menjadi problemo disitu.

sea of cheese!!




seterusnya kita boleh rebus lasagna shit tu ye. walaupun dekat kotak tu dia tulis tak payah pre cook, tapi kita precook juga menandakan kita rebel dengan arahan dan rasa kita lebih master!! HAHAHAHAHA. bukan apa, takut lasagna keras nanti tak sedap la kan. so kte rebus biar dia lembut sikit sheets tu. oh tip, masa rebus buh minyak sikit so dia tak melekat to one another.



lepastu susunlaa layer layer tu dalam bekas yang telah pun digreesekan terlebih dahulu. mula mula lasagna sheets, meat sauce, cheese sauce, sheets, meet, cheese dan ulang ulang sampai habis. cover dengan aluminium foil dan masukkan dalam oven untuk proses pembakaran selama 20 minit lebih.



susun lawa lawa. kalau ada cheese lebih, letak laa buat topping ~



NOW IT'S READY TO BE EATEN!!

WAAH NASIB BEK MENJADI :D
*bangga tak terkata HAHAHAHAHAHA