Showing posts with label recipe lasagna. Show all posts
Showing posts with label recipe lasagna. Show all posts

14 March 2011

Resipi Lasagna Stazel

Segmen: Sudah Pantaskah Aku Menjadi Menantumu??kehkehkehkeh :8)


Kadang kadang aku tertanya tanya (idok pon sbnaqnya!haha), apakah ketika aku masih bayi comel yg didodoikan dalam buaian, tangan aku ni kena sumpahan oleh evil witch (sekarang, sila bayangkan watak evil queen dalam cite enchanted ) ke apa, karena tiap kali kalau aku nak buat apa apa, espesyeli bidang masak memasak KONPEM 85% takkan jadi!!! Naseb bek laa lagi 15% tu Alhamdulillah menjadi *urut dada dengan tenang. aaaaahh~


Sungguh, aku seorang failure dalam bab cooking cooking. walakin begitu ya temen temen~ aku tak pernah rasa putus asa, karena deep down di lubuk hati aku ni, masih ada sifat seorang kanak kanak yang gemar mencoba (sangat poyos di situ) . jadinya, esok aku nak try masak lasagna!!!!!



Okeh anda semua tertipu….



Post ni aku tulih 3 hari lepas, tapi baru semalam aku buat lasagna nyer~ hahaha


SEKARANG, AYUH JENGAH KE DAPUR!!!

okay, bahan bahan yang diperlukan untuk memasak lasagna ialah;
meat sauce - bawang besar, bawang putih, carrot sebagai punca fibre, rempah oregano atau oregano kering sesudu kecil, garam, lada hitam, sos prego sebalang besar, daging cincang, butter untuk tumis dan 3 sudu sos cili. maka setelah di campur adukkan semua, jadilah hasil begini..


TADDAAA!! okeh boleh tutup api.


meat sauce tu layer pertama ye puan puan hadirin hadirat sekalian! seterusnya ialah layer kedua iaitu cheese sauce - butter sesudu, garam, mozarella cheese (cheddar pon idok le menjadi masalah), tepung 2 sudu, full cream milk 1 cawan lebih and a pinch of oregano. masak sampai sauce menjadi pekat. hmm.. oh ya! cheese tu buh laa banyak mana nafsu serakah anda mahukan. tak menjadi problemo disitu.

sea of cheese!!




seterusnya kita boleh rebus lasagna shit tu ye. walaupun dekat kotak tu dia tulis tak payah pre cook, tapi kita precook juga menandakan kita rebel dengan arahan dan rasa kita lebih master!! HAHAHAHAHA. bukan apa, takut lasagna keras nanti tak sedap la kan. so kte rebus biar dia lembut sikit sheets tu. oh tip, masa rebus buh minyak sikit so dia tak melekat to one another.



lepastu susunlaa layer layer tu dalam bekas yang telah pun digreesekan terlebih dahulu. mula mula lasagna sheets, meat sauce, cheese sauce, sheets, meet, cheese dan ulang ulang sampai habis. cover dengan aluminium foil dan masukkan dalam oven untuk proses pembakaran selama 20 minit lebih.



susun lawa lawa. kalau ada cheese lebih, letak laa buat topping ~



NOW IT'S READY TO BE EATEN!!

WAAH NASIB BEK MENJADI :D
*bangga tak terkata HAHAHAHAHAHA