30 April 2012

Oh boyyyyy





gotta admit, it's pretty sexy. the song. I mean the song with the music and all.

behold


haih, you guys are so magnefico bancuh vico. I love Louis the most because to me he's the most handsome. but i read somewhere that he had a girlfriend. so now I love him less. haha cam tak guna.



29 April 2012

Apa cite Matriks?

Aku baru balik dari changlun semalam. kini tamatlah riwayat aku sebagai seorang pelajar matriks, dan aku sekarang sudah bebas dari segala galanya. fuh, rasa hilang beban yang aku pikul selama ni. sesungguhnya hidup di matriks sangat tertekan. ceh aku cakap macam mewakili semua pelajar matriks di malaysia je gayanya. hahahaha. ini hanyalah pendapat aku. mungkin sebab aku ni tak cerdik, tu yang rasa payah sentiasa tu.

kepada adik-adik yang nak masuk matriks, ewah~ serupa kakak yang baik gitu.awww ok cukup.

aku cuma nak kata, dekat matriks tu study la elok elok. jangan la rasa hebat sangat dengan jumlah a yang kita kumpul masa spm haritu. konsep rajin harus diamalkan. fokus masa cikgu ajar, pastu jangan ingat nak cover nanti ke apa ke. memang tak sempat sebab pembelajaran dia yang laju tahap F1. aku nak bagi nasihat over pon rasa tak berapa nak layak. almaklum lah, aku ni idokle pengumpul A tegar dalam pspm tempohari. 

dalam masa yang sama, aku pon nak promotela hangpa hangpa ni semua masuk matriks sebab subjek yang dikira dalam pngk cuma 4 je, iaitu module 1, bio, phy, chem, maths ; module 2, phy, chem, maths, science comp ; module 3, bio, chem, maths, science comp. kalau 4 subjek ni dapat a, maka dapatlah 4 flat. ceh bunyi macam senang. mindset ye. mindset.

aku rasa macam nak bagi lagi nasihat tapi rasa malu pon ada sebab tak layak! hahahahaha. (nampak kerendahan diri di situ~~ nampak tak? nampak kah. pulun ngat aih!). dak aih, aku nak bagi nasihat ni bukan sebab aku overconfident yang aku rasa aku boleh score habis pspm ritu, tapi sebab ni la nasihat yang lecturer lecturer selalu pesan dekat kitorang iaitu tutor tu kena buat. tapi kalau duk tiru usah ler. tutor ni penting sebab masa kuliah, cikgu cuma ajar basic dan example pon yang basic je. tapi bila masuk tutorial, time tu laa dia mencorakkan soalan tu sehingga bagi kita soalan tu macam dah tak masuk akal lagi dah, punya la merepek bak hang. umpama kek gini, Sarah ada 3 biji guli dan Farah ada 2 biji guli, berapa banyakkah hydrogen yang terkandung di dalam jisim matahari? nampak tak ketidak related-an disitu! 

ape lagi yang boleh dipromote? macam takde apa je. kalau masuk matriks ni hangpa jangan dok berangan cuti panjang laa. oh pelis. never gonna happeng. kalau boleh, matriks ni nak gabung habis semua cuti umum sekali dalam cuti sem. untung kata mereka. dulu masa raya cina, dorang sanggup anjak cuti sem seminggu dua awal sebab nk bagi selari dengan cuti raya cina. kedekut tahap arwah! geram sungguh bile memikiokannye kembali.

okay, ape lagi ye nak cerita. haa peraturan di matriks ni bergantung kepada matriks tersebut. kalau pengarah jenih mesra alam, mesra pengguna, memang dapat la merasa outing setiap petang ke apa. jadi sebelum nak pergi tu, tanye laa sedara mara ke kawan kawan ke tentang rules and regulations. macam matriks aku, peraturan agak ketats ye.

tu je kot setakat ni, nnt kalau ada idea lain aku edit, kalau tak, cam ni je laa gayanye ye. chow

16 March 2012

John Carter of Basoom


ho yeaaaaah, tadi aku dan ecoh pergi tengok movie dekat lemanda. biasa laa, sebelum pulang ke tanah darul aman, kita kena lah menggunakan masa yang ada seOPTIMA yang mungkin demi tidak menimbulkan sesalan dikemudian hari. itu yang kami pi balun movie kat alamanda tuh. (rumah kedua kami)

kami tengok ceghite John Carter of Mars!

cerita John Carter ni macam nih, John Carter ni askar rasanya tapi dia dah bersara laa. so sekarang kerja dia ialah mencari gua emas ni tapi ramai yang rasa dia ni gila sebab cari gua yang tak wujud. satu hari masa dia tengah melarikan diri daripada diburu, dia masuk dalam satu gua ni. rupa rupanya tu laa gua emas tuh!!! tapi tah dari mana ada satu makhluk ni 'Therns' tiba tiba attack dia. dia pon acu pistol dan BAAAAAAAAANGG. maka matilah ia. John Carter ni nampak dekat tangan Therns tu ada madalion biru, dia pon ambik laa nak tengok. tup tap dia sesedar je dia dah dekat tempat lain dengan makhluk makhluk pelik seperti dekat dalam poster tu. haaa aku malas nak story panjang, hangpa pi laa tengok (alasan tak nak cerita padahal dah lupa jalan cerita tu HAHAHAHAHAA! typical me -.-).

Meskipun movie ni movie disney, tapi jangan la dok pandang sekerat mata. best woo. kalau korang butter kaya raya, tengok laa yang 3D punya! tadi kami tengok yang 2D je.

Standing Ovation

enjoy the awesomeness, peeps!

02 March 2012

One Nine

Hari ni yakni 2 March, secara rasminya aku telah menjadi lebih dewasa, matang, bergaya dan bertanggungjawab. jadi sembilan belas ni tak la berbeza sangat. sekadar nombor je yang bertambah. otak aku, pemikiran, perwatakan dan raut wajah masih maintain. ecehhh. kepoyoan harus ada dalam diri. jangan tinggalkannya!

Masih ingat kah anda, peristiwa parti buas di Leeds yang aku pernah coretkan kat sini setahun yang lepas. gila lah masa, rasa macam baru je, rupanya dah 366 hari tu berlalu. and this year too, i didn't celebrate my birthday with my family. well to be exact this year i didn't celebrate at all. tapi aku tak de la tacing tetiba macam gadis datang bulan. malu la nak sambut birthday birthday ni. aku je ke yang rasa macam ni ke korang rasa macam ni jugak? semacam timbul perasaan segan dan tak tahu nak bagi reaksi apa kalau orang kata happy birthday. sebab bukannya aku buat apa apa pon masa hari kelahiran aku tuh. lainla mak pak aku. mereka mesti cemas tambah tambah mak aku, mesti sakit gilos nak deliver seorang bayi. aaaaahhhhhh tak mau beranak!! *tiba2

Kalau dulu setiap kali sambut mesti ada kek sebiji. itu kira syarat wajib penyertaan laa tuh. kek tu bukan habis makan pon. maklum le, yang makan sape je? aku, akak aku ngan ecoh. tu je laa. nanti pakat buh laa dalam petiais sampai seminggu dok recycle kek tu sbb nak habiskan. tapi bila dah besar, dah stabil sikit ekonomi keluarga, maka cake pon perlu lah diupgrade kan. ye dak??


kek masa umur 7, 8,9 tahun. bunga rasa kertas tu semua pakat berebut, padahal rasa kertas je pon. tak paham aku! kome paham?



kek budak baru nak up. beli dekat fairy, kaler yellow lagi. gambar Belle watak kartun Beauty and the Beast.masa ni diambang 10 11 tahun.


ni baru betul betul up!! ohh yeah. umur 12 13 jugak laa baru memiliki kek sebegini ketika hari jadi

aku rasa setakat tu je laa kot. lepas tu aku dah tak beli kek sangat kot. entah le. aku pon tak ingat (perkara biasa buat seorang yang bergelar aku~hoho). bila dah besar panjang macam ni, dengan ukur lilit pinggang yang bertambah, teringin juga aku nak makan ice cream cake baskin robin. tak de ke sape2 nak belanja I? hahaha