09 July 2012

Loss of appetite

Hoi hangpa suma! pa habaq wehh. lama dah aku tak bercerita di blog yg tak ramai orang membace nye pon. tapi takpe, sebab aku suka baca balik entri entri yang aku pernah tulis dulu. rasa lawok pon ade.

Sekarang ni kan, selera makan aku dah semakin menurun. aku dah tak rase bernafsu sangat dah bila tengok makanan depan mata. kadang2 bila aku tengok gamba2 makanan dekat blog orang aku rasa macam fuuihh sedapnya, tapi bila terbentang dekat depan mata, setakat sesuap je yang masuk.

Kalau zaman aku muda dulu (setahun yang lalu! hohohoo), bila mata bertemu menu dekat restoran, fuhh bergelojak hawa nafsu. dah tak tersebut nak makan mana sebab semua nampak sedap. tapi malangnya sekarang ni aku macam dah bosan dengan makanan. tak best woo. dulu kalau orang offer nak makan ape dekat restoran mahai mahai, punye la aku fikir habis habisan supaya memilih yang paling sedap agar tidak menyesal bile makanan sampai, tapi sekarang ni aku siap tolak lagi. ye aku tak tipu aih! benar belaka ni!

waffle korea

Memang aku seorang yang over. tambah tambah bab berceghite, kalau boleh tambah effect over sesudu dua dalam penceritaan agar mendapat impak yang hebat, tapi dalam hal ini aku tidak over seperti itu!!! betol weh. kadang kadang kalau pergi mall contohnye, aku dah bawak dah duit secukupnya dari rumah sebab dah plan nanti nak makan ice cream mahal. tapi bila dah sampai mall tak jadi pulak, sebab aku tibe2 hilang selera. tak best lorhhh.


Aku ni kan tak reti masak (apa? anda terkejut mendengar statement ini?? HEHEHE) so setiap kali makan, memey makan kat luar la gamaknye sebab mak aku pon busy, mana sempat sangat nak masak masak semua. Kalau makan dekat luar, memang rare untuk aku menghabiskan makanan sepinggan lengkap. mesti tak boleh! aku sedih sebenarnya sebab apa yang aku buat ni berdosa sebab membazir, tapi aku memang tak boleh makan pon. macam baru baru ni, aku keluar dengan nabilah and koko nak makan kat TGIF, dorang semua habis makan (kecuali roti burger nabilah dan beberapa helai sayur! hahaha) walaupun makanan tu tk banyak, tapi aku tak mampu nak habiskan fish and chip. koko yang terpaksa makan sampai habis.

Aku tak tau laa kenapa aku jadi macam ni. aku tak nak macam ni! aku nak makan three meals a day! bila aku fikir balik, mak aih, untung suami aku nanti, isteri tak kuat makan! dapat save duit holiday ke Europe! hahahahahaha


20 June 2012

Bawak kereta

Aku malaih nak pike tajuk bagi gegempak sikit. tu yang terus straight to the point je. selalunya aku tak pernah laa update blog petang petang macam ni, tapi sebab aku akan hiatus selama 5 hari, maka aku gunakan masa ini untuk berkongsi cerita dan pengalaman aku bawak kereta hari ni. huhu. ye aku tau aku laa orang paling last di bumi bangi ni yang ambik lesen di waktu usia yang senja mcm ni. hoho T-T . aik, tidak juga bila di pike kan balik, sebab tadi aku baru je jumpa dengan lolly! hoho. rindu beliau :3

Okay pagi tadi first first lagi dah belajar bawak kereta ke jalan raya. semua berjalan lancar laa jugak. okay laa untuk aku yang baru belajar memegang stereng ni. tak dinafikan ada juga masanya enjin kereta termati.aku tak tau ape puncanya. rasa okay je. mungkin aku angkat klac (screw the spelling!) cepat sangat masa traffic light tu kot. tapi tu ok laa lagi.

Ni aku nak cite the pathetic incident di mana kereta tersebut telah mati berulangkali bila nak naik bukit. ya rabbi. aku rasa cam nak keluar dari kereta pastu nak bagi sepakan hebat di pintu kereta tanda emo. berapa kali tah aku asyik buat kesilapan yang sama je dan aku tak tau apa yang silap nya. hahahaha rasa nak sepak kepala lelaju. aku rasa malu pon sama tapi bila difirkan balik, biasa laa baru nak belajar. last last baru laa aku paham ape yang aku buat (setelah 4-5 kali cubaan). tapi insyaallah disebabkan kesilapan yang aku buat ni membuatkan aku jadi lebih ingat. serius sbb lepas tu terus aku dah mahir dah beraksi di bukit. siap angkat sikit kepala dan senyum sinis lagi dekat kereta sebelah. HOHOHO!(padahal kereta sebelah tu baru start belajar harini). haihh. apa nak jadi aku ni..

Pastu ada jugak masa aku ingatkan kereta rosak. ingat nak pegi lapor kat cikgu dah! puahahahahhaha rupa2nya tak masuk gear langsung. mau laa dekat 5 minit aku jenuh duk hidup kan enjin sambil melepaskan kluc tapi enjin tetap mati. haihh apehal laa aku ni tak cekap sangat. buat malu je. ade hati nak salahkan kereta yang disangka kan rosak.

gambar sekadar hiasan
diminta kenderaan yg lalu lalang di sekitar sungai merab bersabar kalau jumpa aku tengah memandu. sila beri kerjasama! hohoho

15 June 2012

Walaupun lama lagi nak masuk u

Ola! kabare semua? aku di sini bagus bagus aja. maklum laa duk rumah saja, tak terexpose kepada apa apa bahaya sangat. kerja tetap aku hanyalah online yakni tengok video di youtube, baca gosip artis 'kerria', tengok blog blog orang dan 9gagging. kalau tak online, pastinya aku akan menonton telebisi atau keluar makan. masak, TIDAK SAMA SEKALI! MWHAHAHAHAHA. . .

Sekali sekala aku fikirkan masa depan aku macam mana laa agaknya. terang benderang ke malap ke atau terus gelap. buat masa sekarang aku tak nampak apa apa. dan aku rasa biasa laa kot kan, ye laa dah study ape dan mana pon tak tau lagi, nak bayangkan macam mana. tah tah nanti ada unexpected twist ke kite mana tahu.

Aku pon tak paham kenapa aku tulih panjang lebor macam ni, padahal niat nye cuma nak tunjuk hangpa benda alah ni. WALLAHHH




lihat! lihat itu!!! tak tahu kenapa aku suka warna kuning pulak semenjak dua menjak ni. cantikkan? tapi aku tau, kalau beg nike ni mesti beg dia besar pastu nampak kembung. dah laa mahai nak mampuih. tak lalu aku. mungkin nanti aku perlu cari yang lebih kecil dan murah tapi stylo. hoh! kalau beg kulit pon cantik jugak. tapi bukan kulit betul laa, yg tipu punya. kaler hitam pon jadi. 

SOY'UN DORICHO!

12 June 2012

Putus asa

Kedai cd dekat warta sepatutnya menambah semula stok cd cetak rompak, bukan biarkan saja. sebagai pelanggan, aku berasa kuciwa apabila 2 kali aku pergi warta namun hasil tangkapan untuk dibawa balik ke rumah kosong. tolong laa wahai abang peniaga yg hensem, top up balik cd2 tu especially Hunger Game & Battleship. sekian wabilaihitaufik walhidayah. assalamualaikum :)