09 March 2011

Off The Pill

Sekarang ni emosi aku kurang stabil. bukannya karna PMS ya! amboi sinonim bebeno emosi tak stabil dengan PMS ni~ kalau ye pon laa kome ingat aku nak tulih kat sini? gila. lu pikir gw tak tau malu sampai semua benda nak sampaikan kat blog. hmm.. alang alang tercakap pasal benda ni, ingin sekali aku menyeru kepada rakan rakan kaum hawa sekalian agar tolong jaga mulut ( or in this case, emm fingers ?) daripada menaip perkara perkara yang bila aku baca, aku rasa damn malu nya. bukan malu sebab apa, malu sebab kalau orang lain baca, penulis tu mungkin akan dipandang serong. jaga sikit maruah kita ni. haa tengok!! kan aku dah kata emosi aku tak stabil. tak pasal pasal ter lecture kome ni.


SEMUA NI GARA GARA SAKIT KULIITTT!!!!!!!! HUAARGHHHHHH!!!! (frustration melanda seorang spokespeople jenama Simple Scincare). begini kisahnya, *bayangkan suasana malam di hutan hujan tropika, tengah duduk dalam bulatan dan ditengah bulatan ada campfire*

imagination


tadi aku ke klinik. lepastu dokter cakap kulit aku allergi. kendian, aku diberi 2 ubat pil dengan 1 krim sapu. tu je laa cerita nya!! hahahaha THE END~

so macam tu la ceritanya. harap harap la masa nak pergi Bangi Jumaat ni, sakit gatal gatal ni dah sembuh. Amin. oh dan kita kita yang sakit ni (pikon, boleh angkat tangan sekarang! haha) boleh baca doa Nabi Ayub A.S.

أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
(surah al-anbiya' 21:83)
Maksudnya : Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.

08 March 2011

Comel

budak ni comeyy sangaaattt!!! aku rasa menjadi tanggungjawab aku menyebarkan berita kecomelan budak ni kepada seluruh umat dunia. ish3. melampau melampau.

iklan Baskin Robin 31

movie : Speedy Scandal


just a short entry. ngantok sangaaatttt dah!!!

06 March 2011

Capek bangett!!!

Hoh! letih mengepack barang. dah tiba masa untuk pulang semula ke rumah. esok bertolak ke London tapi sebelum tu insyaAllah singgah sekejap di carboot sale. lepas tu mula lah pengembaraan yang membosankan selama 12 jam di atas air asia yg sempit. benci ah. cramp bontot. dahlaa sempit pastu kerusi tak selesa untuk tidur plak tu. pastu tak de ruang nk regang2 kan kaki. cube kome bayangkan, nk lunjurkan kaki pon tak boleh! terseksa!!! aku bace kat magazine mana tah boleh jadi paralyze kalau tak gerakkan badan lebih daripada 8 jam kot. tapi kalau pergi tandas tak menjadi masalah la kan, sebab dah gerakkan otot2 dan sendi sendi. hmmm. bukan tujuan aku nak merungut sebenarnya. jauh sekali. sebenarnya..






sebenar benarnya...




aku nk ucapkan terima kasih dekat mak su and the gang kerana memberi hospitaliti yg cemerlang gemilang terbilang! haha. okey toodles~

03 March 2011

Party buas

club kat terowong. kitorang cuma lalu sahaja!


YAYYY!! semalam gua sambut birthday party. kanak kanak yang datang, apa gua kisah. janji celebrate birthday, gua cukup happy! MAKAN MAKAN MAKAN!!! antara makanan yang dihidangkan ialah sebutir kek coklat, ayam goreng ala KFC, fries, ayam tandoori, trifle, emm air airan dan banyak lagi la sampai gua terlupa. buat pengetahuan hadirin hadirun, memory gua ni cuma dapat menampung ingatan selama 5 minit sahaja (lebih sikit drpd ingatan ikan emas HAHAHAHA) harap maaf ya teman temanku~~


gua nak buh gamba tapi sebab tadi gua sibuk makan je, so gamba takdela kat kamera gua kan. makanan depan mata, dengan penuh kanak kanak yang rakus dan lapar, mestila gua kene titik beratkan makanan tersebut. meskipun budak budak ni umur 6-13 tahun tapi masyaallah, kuat makan. macam penyedut hampagas bila makanan depan mata. kena berebut rebut dan bertolak tolakkan agar berjaya mendapat ayam goreng! kahkahkah. berjaya lah gua kaut 2 ketul. 1 size kecik 1 size extra large. rupanya bila party buas tamat ada lebih. buat risau gua je.


lepas je rasa berat naik dalam 178 gram, gua berenti kunyah. gua naik atas tgk Love Is Cinta!! HAHHAHAHAHAHA. lepas tu maksu gua bagi gua sepatu baru jenama clark yang gua pasti akan cuba cari style yg sesuai untuk dipakai. cantik. sangat rugi kalau tak pakai. nasib baik size muat muat. jeles mak gua nanti. hoho.


hmmm. apa lagi yeh. ohh! hari ni gua berjaya kejar ice cream truck. happy gile gua maklumlaa selama ni gua asyik dengar je keriangan muzik ice cream truck tu tapi tak pegi pegi sebab takut nak pegi sorang sorang. tapi gua nekad nak try jugak hari ni. lantaklah apa nak jadi. ceh ceh. haha!! sebabkan gua dah perati masa truck tu selalu ada so pukul 3:40 lebih gua dah siap siap pakai tudung, pakai kasut. mula2 bila dengar muzik truck tu gua bukak pintu. pastu gua nmpk truck tu parking elok je tepi jalan. gua igtkan gua sorg je nak beli, tetiba ada auntie pakistani ni berlari lari pakai sari ke arah ice cream truck tersebut. terkejut gua!! sambil lari, smpt pula mata kami berpandangan. dy order dulu, baru gua. bukan gua bg dy chance ke apa. tapi dy sampai dulu. laju bebenor!!!



sesudah order, gua makan dekat muka pintu. esok gua plan nak beli lagi eskem.


cukup cukupla guna gua. rasa gangster sangat! ngongongongongongo^^,

02 March 2011

Ingat Ingat Lupa

Asalnya nak kata aku minat Big Bang ni tak jugak. tapi tak tau la why this song plays otometikeli in my head. pulanglah kepada FT ISLAND!! PULANGLAAHHH (attempt untuk hypnosis kan diri agar kembali ke sisi FT Island). moh donga lagu terhebak abad ni. zasss~~



kyaa!!! GD and T.O.P is so handsome !!! *squeals*
nosebleed -.-

demi memperingati hari yang bersejarah :)


sambut kat Malaysia dgn mummy ku nanti. HIP HIP HOORAAAYY!!!HAHAHAHAHAHA

nak mintak ape ye.....hi hi hi